Thursday, July 22, 2010

Buat Anakanda yang di rindui


NurZafira Amalina( Kak Lang) yang berada di IreLand 5 tahun jurusan Kedoktoran/ Medic. Semoga anakanda selamat pulang membawa segulong Ijazah. Jangan lupa Solat.
Dulu Kak Long yang gi oversea gak abah, ma antar, tapi kali ni abah sibuk ngan pojek Ketutu/Arowana ni, pojek hoby orang pencen... Ma lak pojek kat Ganu tu. Kome balik nanti kita gi KFC Taman Permata.. Angah ( Awang Lenje) yang songeh je tu Graduate tahun ni

Monday, July 19, 2010

Benih keli kolam tanah berkualiti

Benih ikan keli yang di ternak di kolam tanah berkualiti kerana ia tahan lasak, tidak mudah mati, cepat membesar kerana sewaktu rega ia makan zoo plankton asli dari tanah. Zo plankton terbit dari tanah bila kita tabur tahi ayam, etc kedalam kolam tanah. Bayangkan kita tabur tahi ayam di kolam simen, busuk semacam la kolam simen tu...Order benih kami di 017-2396413 dmenshin@gmail.com

Kolam perlu ada baja, kalau tak ikan tidak membesar

Ada orang memternak ikan di air jernih tapi ikan tidak mahu membesar walau kuat makan. kolam mesti ada "baja" untuk menyihatkan ikan secara semulajadi. Ramai yang gunakan bermacam bahan dan kaedah contoh nya EM , bio dan berbagai lagi. Yang baik nya air akan kehijauan, tetapi untuk ketutu ia tidak boleh terlalu hijau ( overdose). Kami ada menjual baja jenis "Liquids NPK" dan "DW Bio process" untuk kolam simen

Cara membersih kolam ternakan

Kolam ternakan perlu di bersihkan dan di treat sebelom ikan di lepaskan untuk tujuan:-
1) Membunuh bakteria
2) Membunuh pemangsa
3) Membersih kolam dari kotoran dan kayu kayan/ sampah
4) Mengeraskan dasar kolam untuk membasmi lumpur

Kapur dan ubat anti penyakit ( jika ikan ketutu) perlu di tabur setelah di keringkan.

Cara mengenal ketutu jantan dan betina

Yang jantan mengejo yang betina... lawak lah. Yang jantan ada konek terkeluar warna kekuningan, di bawah dubur nya. Yang betina ( bukan perempuan) ada satu lubang je, warna kelabu gelap atau hitam. Lihat bagaimana ia mengawan

Cara menternak ketutu berjaya terbukti

Kalu ada orang yang mengaku konon nya ia pakar dalam penternakan ketutu dan menghebohkan di internet denagn web site yang top rank dan canggih, anda minta dia buktikan dan lihat hasilnya. Nak ini ikan yang kami ternak berat 3 kg. Sihat wal afiat. Sebulan kadar pembesaran 100-150 gram denagn sistem kami. Sistem kami bukan sekadar makanan je tetapi sistem kolam, dsb

Cara memilih benih ikan ketutu yang baik

Benih ikan ketutu yang baik adalah benih yang telah di kuaranytine dari penyakit seperti kulat/fungus, parasit, cacing anchor worm, tanpa luka dan masih ada lendir di bahagian ekor ke pusat. Ikan tidak terlalu kurus dan terlalu gemuk. Kalu gemuk takut ia di injek dengan hormon.

Cara menternak ketutu kolam tanah-Drain pipe

Drain paip di gunakan untuk tujuan
2) oksijen
2) Mencuci dan treat kolam dari bakteria
3) Menuai ikan/ mengering kolam

Cara membasmi anchor worm pada ikan ketutu

Gunakan anti anchor worm dari kami 017-2396413 untuk membunuh cacing anchor worm yang menghisap darah ketutu hingga mati. Penyakit ini punca nya dari air dan makanan terutama ikan potong. Ramai penternak gagal dan tutup kedai walau dah invest berpuloh ribu akibat penyakit ini.

Ubat anti parasit membasmi penyakit parasit pada ikan ketutu

Ikan ketutu saya sihat, mahu makan dan cergas, tetapi tiba tiba ia lemah dan mati dan saya tak tahu apa sebab nya sebab tiada tanda terkena penyakit pada badan.

Jika anda lihat pada insang nya ada warna kemerahan, itu lah serangan parasit.

Anti fungus membasmi penyakit fungus ikan ketutu

Saya membela ikan ketutu tetapi selepas 3 minggu bahagian ekor nya ada keputihan. Lama kelamaan ia mati sebab keputihan itu merebak ke bahagian badan. Itu lah penyakit fu ngussering menyerang ketutu sebab ketutu ni tak aktik, lepak je,

Bahan bahan untuk kuarantine benih ikan ketutu

Tanpa di kuarantine dengan teknik dan dengan bahan yang betul benih ikan ketutu mudah di jangkiti penyakit cacing anchor worm, parasit, fungus. Ia akan mati se lepas 2 minggu di ternak oleh penternak. Kesian penternak, dah la benih mahal. Tutup kedai la nampaknya. Kami membekal bahan dan cara mengkuarantin ketutu. Bahan termasuk anti fungus, anti ancor worm, anti parasit, obat luka, sdb

Cara mengenal ketutu yang sihat

Para pembeli benih ikan ketutu, awas jangan beli benih ikan ketutu atau ketutu yang tidak sihat, nanti bila di bela 2 miggu dah mati. Ciri Ketutu yang sihat
1) Warna tidak kehitaman atau gelap, ia sepatutnya berwarna perang / kelabu dan terang
2) Tidak kurus,
3) Tidak terlalu gemuk, takut ia di injek atau di bagi makan hormon, selalunya ia dari siam atau indon
4) Bahagian ekor tidak kasar
5)Bahagian mulut tidak luka/ keputihan
6) Sudah di kuarantine untuk elak penyakit cacing, parasit, fungus, etc

Cara mengenal ketutu yang sihat

Para pembeli benih ikan ketutu, awas jangan beli benih ikan ketutu atau ketutu yang tidak sihat, nanti bila di bela 2 miggu dah mati. Ciri Ketutu yang sihat
1) Warna tidak kehitaman atau gelap, ia sepatutnya berwarna perang / kelabu dan terang
2) Tidak kurus,
3) Tidak terlalu gemuk, takut ia di injek atau di bagi makan hormon, selalunya ia dari siam atau indon
4) Bahagian ekor tidak kasar
5)Bahagian mulut tidak luka/ keputihan
6) Sudah di kuarantine untuk elak penyakit cacing, parasit, fungus, etc

Cara memindah ikan ketutu ke bekas lain

















Ketu amat sensitif pada pergeseran, ia akan mati jika luka atau mudah di jangkiti penyakit fungus. Jadi untuk mengalihkan ketutu perlu dengan cara yang tidak kasar. yang terbaik ia perlu di cedok menggunakan jaring halus dan lembut.

Cara menghantar ketutu menggunakan Amquaiul Plus

Cecair Amquail Plus di campurkan dengan air dan di siramkan kepada ikan ketutu. Sedikit air sahaja di gunakan setakat membasahi hingga kebahagian hidung/ nostril ketutu. Kemudian boleh di tutup rapat sehingga tiada udara masuk ke bekas ketutu tersebut. Cara ini lebih ringan dan boleh di kedap air, ia tak mati

Cara menghantar benih ikan ketutu

Selain menggunakan bungkusan plastik beroksijen ikan boleh di hantar kepada pelanggan menggunakan air pump atau blower. Ikan di masukkan kedalam bekas berisi air kemudian blower di masukkan kedalam air tersebut bagi mengeluarkan oksijen. Biasa nya bateri di gunakan untuk mengeluarkan . Cara lain ialah menggunakan cecair amquail plus bagi menidurkan ketutu. Ini di gunakan biasa nya untuk penghantaran melalui kapal atau kapal terbang

Teknik cara menternak ikan ketutu



Ramai penternak ketutu gagal di sebabkan:-

1- Mengikuti kursus yang di jalankan oleh penganjur yang hanya ingin dapat duit secara mudah. Konon nya tahu teknik menternak ketutu. Tetapi malangnya penganjur kursus yang kaya, tapi penternak gagal. Yang peliknya pengendali kursus tidak dapat membuktikan apa yang di ajar kepada penternak. Cuma setakat tiori dan gambar2. Adakah pernah anda berjumpa dengan instructor yang boleh membuktikan secara praktikal dan fisikal apa yang di ajar memberikan hasil yang sukses. Adakah mereka menunjukkan kepada anda rupa ikan ketutu yang berjaya di ternak. Berapa lama ia membesar hingga 1kg? Berapa peratus survival rate. Berapa kos pemakanan?

2- Antara kegagalan termasuk:-

a) Ketutu banyak yang mati

b) Ketutu tidak mahu membesar atau lambat membesar walau makan kuat

c) Ketutu tidak mahu makan

d) Jenis makanan palet yang menyebabkan daging lembik

e) Makanan anak ikan yang punyai protin rendah

f) Banyak lagi lah…

3- Rahsia PERCUMA menternak ketutu agar ia cepat membesar, kurang yang mati:-

a) Air mesti ada “baja” untuk menjadikan habitat semulajadi ketutu.

b) Air perlu ada ” special reticulation sistem” yang boleh membersih dan retain baja tersebut

c) Air perlu ada oksijen cukup. Cara menyediakan oksijen ada berbagai cara.

d) Air mempunyai PH berapa?

e) Benih perlu dari origin, species dan benih baik

f) Benih bebas dari jangkitan fungi(kulat), cacing anchor worm, parasite, dsb. Bagaimana cara mengawal dan ubatinya.

g) Air perlu di “treatment” agar ikan tidak di jangkiti penyakit

h) Kalau ikan tidak mahu makan, apa perlu di buat

i) Bagaimana cara untuk membuat ikan kuat berselera makan dan selalu makan setiap masa, kerana ketutu malas nak makan.

j) Kenapa garam perlu di tambah ke kolam.

k) Banyak lagi

SEMUA NYA AKAN TERJAWAB DALAM KURSUS KAMI YANG DI JALANKAN OLEH PENTERNAK YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SENDIRI SECARA PRAKTICAL.

Anda boleh lihat sendiri ikan ikan yang BERJAYA kami ternak di kolam2 showcase kami dan membesar dalam masa yang singkat dengan pemakanan hanya di beri sekali sahaja!!?!

Kami juga menjual benih murah2 je at 017-2396413. Email dmenshin@gmail.com


video

Cara membuat benih keli



Cara Membuat Benih Keli

  1. Pilih Induk keli jantan yang matang dengan melihat alat jantina nya yang panjang. Biasa nya perlu di puasakan selama lebih 3 hari ( tanpa berpindah tempat asal*) untuk mengelakkan tahi ikan menggangu proses pensenyawaan. Sperma mestilah berrupa cecair macam susu cair, tidak pekat. Jika pekat bermakna ia belum lagi matang. Ratio jantan dengan betina ialah lebihkurang 1:5. Sesetengah breeder injek jantan untuk mendapatkan sperma lebih baik. Sukatan hormone adalah ½ dari sukatan biasa.
  2. Betina induk yang matang berumur lebih 1 tahun dan mempunyai perut kembung apabila tidak di beri makan selama tiga hari. Untuk memastikan peratus telor matang, picit perut sebelum di injek. Telur akan keluar, ini menunjukkan peratus telur yang matang tinggi. Jika peratus telur menetas (matang) mencapai 30% maka itu di kira peratus kebiasaan, dan boleh di katakana peratus tinggi. Sekiranya telur tidak keluar apabila di picit ( sebelum injek) maka peratus telur matang lebih rendah, mungkin kurang 30% menetas. Seperti jantan biasa nya betina di puasakan selama 3 hari ( tanpa berpindah tempat asal*) untuk mengelakkan tahi ikan menggangu proses pensenyawaan.
  3. Sediakan air garam (salina) dengan sukatan 7gram untuk 1 liter air mineral. Atau 1kg air mineral di campur dengan 10grm garam. Rendam kan ia semalamam. Saline di gunakan untuk membancuh sperma, untuk menjadikan supaya telur tidak melekat antara satu dengan lain.
  4. Sebelum di gunakan goncang K-Dom hormone agar ia sebati. Perkakas termasuk alat penyuntik dan tangan anda perlu benar benar bersih dari gangguan kuman. Sebaik nya guna air suam untuk membasuh tangan dan peralatan.
  5. Injek waktu malam agar selepas injek 10 jam waktunya siang supaya cuaca panas untuk mempercepat penetasan. Yang terbaik pukul 9- 11 pagi. Jadi waktu terbaik menyuntik ialah pada pukul 11 malam, dimana pukul 9 pagi telur akan keluar bila di picit. Jika telur lewat di picit keluar, dan sekiranya telur keluar dengan sendirinya maka ia akan rosak kerana di masuki air sebelum di masuki sperma.
  6. Picit telur supaya keluar dari betina kedalam bekas berisi sperma di campur saline. Pastikan sebelum di masukkan sperma bekas bersih dan kering tanpa air. Kacau telur dengan sperma dengan bulu ayam lembut perlahan2 agar tidak rosak/ pecah. Pastikan bulu ayam di rebus terlebih dahulu dan di keringkan supaya tiada berkuman dan berair.
  7. Tabur telur yang telah disnyawakan itu keatas wire mesh halus (morina) menggunakan sesalur supaya ia tidak jatuh berlapis lapis. Pastikan telur di tabus tidak berlapis- lapis untuk mengelakkan benih ( larva) sukar untuk bangun. Jaring morina tersebut perlu di letakkan di bawah permukaan air di kolam penetasan tidak melebihi 6 inci supaya ia dapat tahap kepanasan untuk menetas.
  8. Pastikan air kolam penetasan bersih, tanpa klorin, beroksijen, dan di taburkan metaline blue (air biru) untuk membunuh kuman dan kulat. Jangan di campur dengan benih yang telah menetas lebih awal kerana ia akan menggangu telur/ larva yang baru nak menetas.
  9. Telur akan menetas selepas 24 jam. Penetasan semua akan berlaku selama 48jam. Selepas 48 jam buang jarring morina yang mengandungi telur yang tidak menetas. Telah di beritahu tadi, hanya lebih kurang 30% telur menetas jika telur matang. Jika telur tidak matang, peratus lebih rendah.
  10. Keluarkan benih yang berumur 4 hari ke dalam kolam tanah yang telah di penuhi moina sebagai makan benih ikan tersebut yang berumur 4 hari ke 7 hari. Moina boleh di perbuat menggunakan tahi ayam. Benih ikan yang berumur 4 hari tidak boleh makan dedak/palet sebab ia tidak punyai sesungut, jadi ia hanya boleh makan benda yang bergerak seperti moina ( sejenis hama)
  11. Setelah berumur 8 hari beri makan dedak atau makanan lain yang sesuai untuk pembesaran.
  12. Nota:-
    1. Induk matang ( umur 1 tahun lebih) ialah induk yang boleh mengeluarkan telur matang ( boleh netas) sebanyak lebih kurang 30% menetas dari jumlah seluruh telur. Ini bermakna ikan keli yang berumur 3 bulan pun boleh mengeluarkan telur matang dan boleh menetaskan anak secara semulajadi, tetapi peratusnya amat sedikit, mungkin 1% sahaja. Induk matang boleh juga menetaskan anak secara semulajadi ( tiada paksaan- injek), tetapi peratus nya sedikit dan beransur ansur tidak sekali gus. Peratusnya mungkin hanya 5%. Kalau secara aruhan (paksa injek) boleh capai 30% sekali gus jika induk matang.
    2. Telur matang ialah telur yang boleh menetas apabia di senyawakan dengan sperma samaada secara semulajadi atau aruhan (paksa-injek)
    3. Selepas di injek telur yang keluar bila di picit tidak semuanya matang. Injek sekadar untuk mengeluarkan telur secara aruhan (paksa), sebab walaupun telur itu matang tidak semestiunya ia boleh keluar dari perut induk secara semulajadi. Teknik aruhan-injek bertujuan mempercepatkan penetasan kerana ia boleh di lakukan sekali gus dan boleh memaksa telur yang matang keluar.
    4. Seekor induk beratnya 1 kg boleh mempunyai lebihkurang 250,000 telur dan jika ia induk yang matang peratus telur yang matan( boleh netas) ialah 30% ( 80,000 ekor larva). Dan sekiranya peratus hidup larva iru 60% maka anda boleh dapatkan anak keli sebanyak 50,000 ekor untuk satu induk beratnya 1 kg. SELAMT MENCUBA. Teknik ini adalah hasil pengalaman kami secara praktikal yang telah kami usahakan di pusat pembenihan kami, mungkin lain pengusaha lain caranya.
    5. Nak beli benih kami call 017-2396413. Harga murah2 je 3 inci 7sen,Sekian terima kacih. Bye from us DEMENSHIN WATERS SDN BHD, Rawang Malaysia