Cara Membuat Benih Keli
- Pilih Induk keli jantan yang matang dengan melihat alat jantina nya yang panjang. Biasa nya perlu di puasakan selama lebih 3 hari ( tanpa berpindah tempat asal*) untuk mengelakkan tahi ikan menggangu proses pensenyawaan. Sperma mestilah berrupa cecair macam susu cair, tidak pekat. Jika pekat bermakna ia belum lagi matang. Ratio jantan dengan betina ialah lebihkurang 1:5. Sesetengah breeder injek jantan untuk mendapatkan sperma lebih baik. Sukatan hormone adalah ½ dari sukatan biasa.
- Betina induk yang matang berumur lebih 1 tahun dan mempunyai perut kembung apabila tidak di beri makan selama tiga hari. Untuk memastikan peratus telor matang, picit perut sebelum di injek. Telur akan keluar, ini menunjukkan peratus telur yang matang tinggi. Jika peratus telur menetas (matang) mencapai 30% maka itu di kira peratus kebiasaan, dan boleh di katakana peratus tinggi. Sekiranya telur tidak keluar apabila di picit ( sebelum injek) maka peratus telur matang lebih rendah, mungkin kurang 30% menetas. Seperti jantan biasa nya betina di puasakan selama 3 hari ( tanpa berpindah tempat asal*) untuk mengelakkan tahi ikan menggangu proses pensenyawaan.
- Sediakan air garam (salina) dengan sukatan 7gram untuk 1 liter air mineral. Atau 1kg air mineral di campur dengan 10grm garam. Rendam kan ia semalamam. Saline di gunakan untuk membancuh sperma, untuk menjadikan supaya telur tidak melekat antara satu dengan lain.
- Sebelum di gunakan goncang K-Dom hormone agar ia sebati. Perkakas termasuk alat penyuntik dan tangan anda perlu benar benar bersih dari gangguan kuman. Sebaik nya guna air suam untuk membasuh tangan dan peralatan.
- Injek waktu malam agar selepas injek 10 jam waktunya siang supaya cuaca panas untuk mempercepat penetasan. Yang terbaik pukul 9- 11 pagi. Jadi waktu terbaik menyuntik ialah pada pukul 11 malam, dimana pukul 9 pagi telur akan keluar bila di picit. Jika telur lewat di picit keluar, dan sekiranya telur keluar dengan sendirinya maka ia akan rosak kerana di masuki air sebelum di masuki sperma.
- Picit telur supaya keluar dari betina kedalam bekas berisi sperma di campur saline. Pastikan sebelum di masukkan sperma bekas bersih dan kering tanpa air. Kacau telur dengan sperma dengan bulu ayam lembut perlahan2 agar tidak rosak/ pecah. Pastikan bulu ayam di rebus terlebih dahulu dan di keringkan supaya tiada berkuman dan berair.
- Tabur telur yang telah disnyawakan itu keatas wire mesh halus (morina) menggunakan sesalur supaya ia tidak jatuh berlapis lapis. Pastikan telur di tabus tidak berlapis- lapis untuk mengelakkan benih ( larva) sukar untuk bangun. Jaring morina tersebut perlu di letakkan di bawah permukaan air di kolam penetasan tidak melebihi 6 inci supaya ia dapat tahap kepanasan untuk menetas.
- Pastikan air kolam penetasan bersih, tanpa klorin, beroksijen, dan di taburkan metaline blue (air biru) untuk membunuh kuman dan kulat. Jangan di campur dengan benih yang telah menetas lebih awal kerana ia akan menggangu telur/ larva yang baru nak menetas.
- Telur akan menetas selepas 24 jam. Penetasan semua akan berlaku selama 48jam. Selepas 48 jam buang jarring morina yang mengandungi telur yang tidak menetas. Telah di beritahu tadi, hanya lebih kurang 30% telur menetas jika telur matang. Jika telur tidak matang, peratus lebih rendah.
- Keluarkan benih yang berumur 4 hari ke dalam kolam tanah yang telah di penuhi moina sebagai makan benih ikan tersebut yang berumur 4 hari ke 7 hari. Moina boleh di perbuat menggunakan tahi ayam. Benih ikan yang berumur 4 hari tidak boleh makan dedak/palet sebab ia tidak punyai sesungut, jadi ia hanya boleh makan benda yang bergerak seperti moina ( sejenis hama)
- Setelah berumur 8 hari beri makan dedak atau makanan lain yang sesuai untuk pembesaran.
- Nota:-
- Induk matang ( umur 1 tahun lebih) ialah induk yang boleh mengeluarkan telur matang ( boleh netas) sebanyak lebih kurang 30% menetas dari jumlah seluruh telur. Ini bermakna ikan keli yang berumur 3 bulan pun boleh mengeluarkan telur matang dan boleh menetaskan anak secara semulajadi, tetapi peratusnya amat sedikit, mungkin 1% sahaja. Induk matang boleh juga menetaskan anak secara semulajadi ( tiada paksaan- injek), tetapi peratus nya sedikit dan beransur ansur tidak sekali gus. Peratusnya mungkin hanya 5%. Kalau secara aruhan (paksa injek) boleh capai 30% sekali gus jika induk matang.
- Telur matang ialah telur yang boleh menetas apabia di senyawakan dengan sperma samaada secara semulajadi atau aruhan (paksa-injek)
- Selepas di injek telur yang keluar bila di picit tidak semuanya matang. Injek sekadar untuk mengeluarkan telur secara aruhan (paksa), sebab walaupun telur itu matang tidak semestiunya ia boleh keluar dari perut induk secara semulajadi. Teknik aruhan-injek bertujuan mempercepatkan penetasan kerana ia boleh di lakukan sekali gus dan boleh memaksa telur yang matang keluar.
- Seekor induk beratnya 1 kg boleh mempunyai lebihkurang 250,000 telur dan jika ia induk yang matang peratus telur yang matan( boleh netas) ialah 30% ( 80,000 ekor larva). Dan sekiranya peratus hidup larva iru 60% maka anda boleh dapatkan anak keli sebanyak 50,000 ekor untuk satu induk beratnya 1 kg. SELAMT MENCUBA. Teknik ini adalah hasil pengalaman kami secara praktikal yang telah kami usahakan di pusat pembenihan kami, mungkin lain pengusaha lain caranya.
- Nak beli benih kami call 017-2396413. Harga murah2 je 3 inci 7sen,Sekian terima kacih. Bye from us DEMENSHIN WATERS SDN BHD, Rawang Malaysia
ada sebut tentang ikan keli di sini...so saya datang menjengah..salam ukhwah! jemput datang ke blog khas ikan keli ya...terima kasih...")
ReplyDeleteterbaik. Masing2 punya caranya yg tersendiri. Ilmu ni sgt bermanfaat. Terima kasih krn sudi share.
ReplyDelete