Friday, December 16, 2011

Udang kara blue lobster cherax cray fish


Udang kara air tawar berasal dari Australia. Ia paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaan pH7. Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci. Oleh kerana warnanya menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih, pengguna seluruh dunia cenderung menjadikan spesies air tawar ini sebagai hiasan akuarium. Saiz akuarium yang sesuai bagi udang kara dewasa sekurang-kurangnya berukuran 30 liter yang boleh menempatkan sepasang udang kara.

Ia menjadi makanan eksklusif di hotel dan restoran , sajian udang kara pasti memikat selera pelanggan. Harganya lebih baik daripada udang galah dan lebih berat timbangan. Harga bagi yang bersaiz enam inci RM60 sekilo.Untuk saiz yang lebih besar sehingga 12 inci harga menjangkau ke RM120 sekilo untuk pasaran hotel terkemuka dan restoran besar.Ia mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah dengan tinggi protein. Ini menjadikan udang kara mampu dinikmati harganya yang berpatutan. Ia adalah spesies udang kara air tawar atau Blue (Cherax quadricarinatus) atau dikenali sebagai Blue lobster dan red claw.


Manternak udang kara mudah, kosnya rendah,kadar kematiannya juga rendah berbanding spesies lain. Karnivorisme selalu berlaku ketika udang melengkapkan proses penukaran kulit cangkerangnya. Kulit udang yang baru adalah lembut selepas kulit asal ditanggalkan.Medium yang sesuai digunakan bagi dasar akuarium ialah batu sungai halus atau pasir sungai. Kayu bakau yang telah direndam dengan air tawar boleh digunakan untuk menyediakan kawasan perlindungan udang kara tersebut. Semasa proses penukaran kulit cangkerang, udang ini akan memakan semula kulit cangkerang yang ditanggalkan dari badannya untuk mendapatkan nutrien gentian bagi proses tumbesaran semula cangkerang.

Bila udang kara mencapai saiz antara 3-4 inci, proses pembiakan berlaku. Setiap induk betina mampu bertelur antara 50 hingga 1,500 ekor anak setiap kali bertelur. Induk mampu bertelur tiga kali setahun.Udang jantan akan memindahkan sperma kepada udang betina dan telur akan dibawa di bahagian bawah perut udang betina. Telur udang akan menetas dalam tempoh 40 hari selepas disenyawakan. Mudah dipelihara dan dikendalikan oleh sesiapa berminat.

Suhu air sesuai antara 27- 30* Celsius. Pelet amat sesuai sebagai makanan udang kara. Makanan pelet ikan tilapia boleh digunakan sebagai makanan asalkan ia boleh tenggelam ke dasar air. Udang kara akan memakan sesama sendiri, jika ruang yang terhad dan kekurangan tempat persembunyian . Udang kara bersifat omnivor dalam pemakanannya, ia akan memakan apa sahaja benda yang boleh dimakan di dalam kolam.

2 comments:

  1. udang kara pasaran baik di eropah

    ReplyDelete
  2. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - MapYRO
    Find 부산광역 출장마사지 your way around the casino, find where everything is 포천 출장안마 located 문경 출장마사지 with these 서산 출장샵 helpful guidebooks, 구미 출장안마 and find your way around the casino,

    ReplyDelete